Tuesday, October 2, 2012

Konsep "Garden City"


Konsep "Garden City" atau "Bandar dalam Taman" diperkenalkan oleh Ebenezer Howard. Konsep ini mula diperkenalkan di England. Cetusan idea konsep ini menjadi terkenal setelah didedahkan oleh Ebenezer dalam buku penulisannya Tomorrow : A Peaceful Part to Real Reform pada tahun 1898. Buku ni kemudiannya dicetak semula pada tahun 1902 dengan judul Garden Cities of Tomorrow. Idea ini diketengahkan oleh Howard sebagai penyelesaian terhadap kesusahan hidup penduduk bandar yang terpaksa hidup dalam bandar yang terlalu sesak dan mempunyai pelbagai masalah. 


   Bandar dalam Taman telah direka dengan baik. Rumah dibarisi oleh pokok-pokok di  samping mempunyai tempat kerja yang bersih dan sihat. Persekitarannya adalah menyenangkan dan sihat untuk diami dan melakukan aktiviti riadah. 


Pada tahun 1903, First Garden City Ltd memulakan pembinaan bandar sebagai eksperimen di atas sebuah tanah seluas 3818 ekar di Letchworth, untuk membuktikan bahawa idea howard adalah praktikal. Konsep Garden City menjadi realiti. Bandar ini kemudiannya dikenali sebagai Letcworth Garden City. 


Namun, pada pandangan saya, di samping kebaikan pada konsep ini iaitu keseimbangan kehidupan antara kawasan bandar dan desa, terdapat juga sedikit kekurangan. Konsep ini telah diketengahkan mengikut masa zaman itu di mana sebelum kenderaan motor digunakan secara meluas. Pada zaman ni, semakin banyak kenderaan digunakan dan konsep ini memerlukan sedikit perubahan. Tambahan pula, pembangunan zaman ini turut melibatkan pelebaran jalan.


   

  

Konsep asal Bandar dalam Taman


No comments:

Post a Comment